Showing posts with label Robot Asmara. Show all posts
Showing posts with label Robot Asmara. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Robot Asmara - Mimpit

ku kerahkan rela hatiku
akan ku terus mendampingimu
tersimpan luka yg dulu
pedihnya terus menghantu

biarkan saja berlalu
begini adanya, aku rela
tiada bebanan yg akan terus menghukum kita
selamanya
aku rela

khabarkan cerita indah
hilangkan rasa duka hatiku
terbang jauh
bersamamu

Robot Asmara - Blocked

pengumuman dunia! hidupku carca-marba
langit biru sebenar tetiba jadi jingga
kau, aku, tiada bezanya
kita semua sama, hamba cakerawala
banduan dunia
ramai jadi gila, kamu juga gila
gila semua gila!

gelap mata kerna maskara
gelap hati kerana cinta
mari duduk kita bicara
asal bukan tentang cinta

biar semua rosak binasa
kalau itu bayarannya
mari duduk kita bicara
asal bukan tentang cinta

Robot Asmara - Hati Besi

hatimu besi, relungkan diri
dengan hasad dengki, iri hati
jiwaku besar dan kau tu siapa?
sila diam, kau buat aku bencinya

hatimu besi, relungkan diri
dengan hasad dengki, aku benci
tak ingin ku dengar, bahasamu hingar
bingar telingaku menandahnya

menarilah
hentakkan lah kakimu
oh tepukkanlah tanganmu
laungkan asmaramu

duniamu bosan, jgn samakan
duniaku nyata bukan teknologi buta
jiwaku besar dan kau tu siapa?
sila diam kau buat aku bencinya

Robot Asmara - Liberal Vs Noda

sila kau war-warkan definisi liberal itu
sila kau nyatakan erti sebenar pekikanmu
aturan dunia sukar kau patuhinya
hasutan fana seringkali tergoda

ternoda
terleka berdosa
membatu
aku buntu aku keliru

tinggalkan kusam nodamu
pergi kau jauh kau menjauh
lemparkan ego gunungmu
lari kau jauh kau menjauh

Robot Asmara - Wad Gila

tak perlu pakar psikiatri
ahli falsafah pembaca hati
muka kau yg aku benci
aku rimas baik pergi

tak perlu lagi perskripsi
pil itu tentunya tak berkesan lagi
wad gila yg aku pergi
sengaja ingin ku mati
 
Copyright (c) 2009 - 2010 Gualirik.blogspot.com - AllRight Reserved
Powered by Lunaih.com